Followers

Tuesday, March 29, 2011

Manusia dan ketakutan

Takut adalah sifat fitrah atau pun semula jadi manusia,
setiap manusia pasti mempunyai rasa takut,tidak kira takut pada apa sekali pun, yang pastinya sifat takut itu sememangnya wujud didalam diri kita..

Adakah kita semua sedar bahawa ketakutan adalah punca segala perbuataan  dan tindakkan yang kita lakukan di dunia ini tanpa kita sedar...
Ketakutan jua yang telah mencorakkan dan mewarnai khidupan kita di dunia ini.
Kerana   sifat  takut  kita melakukan hal2 seharian dan  yang sepatutnya kita lakukan  sepanjang kehidupan kita di dunia ini...sama ada hal yang wajar atau pun sebaliknya..
 
Setiap bulan kita membayar bil2 yg perlu kita lunaskn kerana takut perkhidmatan tersebut akan di potong..
Setiap hari kita makan bkn kerana kita merasa lapar sahaja tetapi kerana takut kita di serang pnykit dan tidak mmpunyai tenaga untuk tugasan seharian..
 
Ibubapa mnghantar anak2 kesekolah kerana takut anak2 tidak berilmu dan .akhirnya gagal dalam khidupan..
Manusia bercinta dan berkahwin kerana merasa takut berasa sunyi dan tidak mempunyai zuriat untuk mewarisi segala harta yang di kumpul selama ini..Segalanya yang kita lakukan ada juga kaitannya dengan ketakutan..Walaupun sedikit pengaruhnya tapi ketakutaan tetap mmpengaruhi hidup manusia...Namun begitu ramai juga manusia yang menggunakan ketakutan untuk menjadi kaya raya dan melariskan perniagaan.. 
 
Kerana takut gemuk ramai yang terpedaya dengan ubat2 kurus..Kerana takut kulit hitam, kedut dan kusam maka brduyun2 barangan kcantikan , losyen2 dan pil2 vitamin  muncul di pasaran. Kerana takut sial yang ada dalam diri ramai juga yg ditipu bomoh2 palsu...Kerana takut mati dan tidak sempat bertaubat  lalu di tempatkn di neraka ramai yang terpngaruh dengan ajaran sesat..Ini adalah sebahagian dr contoh yang blh sy berikan .. Yang nyatanya  ketakutan mempengaruhi hidup manusia sama ada dalam kita sedar mahupun tidak....Banyak lagi yang boleh kita renungkan bersama..yang pastinya semua manusia  telah di ciptakan oleh ALLAH dengan sifat takut ,keluh kesah ,kikir dan bakhil...rnung2kn...