Followers

Saturday, February 18, 2012

Kasih sayang yang membunuh

Rasa sayang yang membunuh..

Kadang kala kita tidak menyedari rasa sayang yang terlalu mendalam membuat kita membunuh insan2 yang kita sayangi.
Over caring dan Over protecting kadang kala menjadi racun yang membunuh dan merosakan jatidiri,motivasi diri dan kekuatan dalaman insan yang kita sayangi..Terlalu perihatin dan terlalu mngongkong serta mencurigai pasangan mahu pun anak2 menjadikan mereka tidak kreatif dengan hidup mereka .Acapkali rasa terlalu sayang ini dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan manusia2 yang terlalu melindungi dan mengongkong anak2 mahu pun pasangan hidup mereka.Tetapi pada hakikatnya mereka secara perlahan- lahan telah mmbunuh sesuatu kekuatan dalaman yang ada dalam diri manusia yang mereka kasihi.

Kita tidak sedar bahawa kasih sayang hendaklah disokong dengan keyakinan terhadap pasangan ataupun anak2.Keyakinan terhadap keupayaan mereka mengharungi khidupan mereka sendiri.Keyakinan terhadap kejujuran mereka terhadap pasangan mereka.Keyakinan terhadap segala tindakan dan keputusan yang dilakukan selagi iyanya tidak salah ataupun lari dari arah tuju kehidupan yg baik lagi positif.Keyakinan ini lah yang menjadikan kasih sayang yang di curahkn itu lebih bererti dan lebih dirasai serta dihargai seterusnya menjadikan hidup dipandu di landasan yang baik dan positif.

Kepentingan memahami dan menghormati  sikap ,kemampuan dan keperluan hidup insan lain perlu ada sebelum menyayangi dan mengasihi mereka.Sekiranya hal ini yang diterapkan pastinya kehidupan akan menjadi lebih baik dan indah. Kadang kala kita tidak perlu menyayangi mereka tapi cukup la memahami apa yang mereka inginkan.Sesungguhnya memahami itu lebih baik dari menyayangi dengan membabi buta.Kasih sayang yang melulu tanpa memahami keperluan selalunya akan merosakan hubungan...