Followers

Tuesday, August 17, 2010

khidupan


KEHIDUPAN



Adakah kita sedar bahawa hidup ini adalah satu persinggahan sementara menuju ke alam yang lebih kekal abadi.Adakah kita memahami bahawa persinggahan sementara ini akan menjadi titik tolak untuk menuju jalan dan kesudahan yang baik atau pun penyesalan dan keinsafan yang tidak berpenghujung.Keinsafan dan penyesalan yang tidak punya nilai lagi ,yang tidak akan mendapat peluang semula.Akhirat adalah negeri yang abadi,destinasi sebenar yang pasti semua insan akan tujui dan akan sampai. Destinasi yang memberi kita balasan atas apa yang telah kita jalani dalam kehidupan sementara kita.Segala perbuatan dan tingkah laku akan diberi balasan, yang baik pasti mendapat balasan berlipat kali ganda dan yang buruk hanya akan mendapat satu balasan atas keburukan yang telah dilakukan.Tidakkah tinggi al-Rahman  dan al-Rahim sifat yang maha tinggi, tuhan pencipta alam semesta ini.Acapkali juga khilafan kita menjadikan mata hati kita buta dan gelap dalam melihat  serta menyedari kebesaran dan ke Agongan Tuhan  pencipta alam yang sementara ini.Dan mengapakah begitu berat hati kita untuk mengungkapkan lafaz taubat kepadanya . Sujud dan tunduk pada rahmat dan keagonganNya. Dan sesungguhnya Dia lah tuhan yang memberikan hidayah dan nur keimanan kepada sesiapa yang dikehendakiNya , bersukurlah kepada sesiapa yang telah mendapat tali Allah ini , semoga tidak diberbalikkan hati kita dan berpaling dari hidayah yang telah diperolehi.
Sedarkah kita, hidup ini cuma pinjaman semata –mata, tidak ada satu pun yang menjadi milik kita melainkan hak Allah sepenuhnya.Pinjaman yang diberikan tidak seharusnya menjadikan kita lalai dan alpa .Segala yang kita miliki adalah hak Allah semata-mata, tiada satu pun yang menjadi milik kita sepenuhnya.Harta ,wang, kekayaan, kecantikan ,kuasa adalah kurnian Allah kepada kita yang boleh diambil olehNya pada bila- bila masa yang dikhendakiNya.Apabila tarikh tamat pinjaman umur kita didunia ini tiba, tidak ada satu pun yang akan kita bawa bersama untuk menemuiNya melainkan amal ibadat yang merupakan tanda ingatan kita kepadaNya sewaktu hayat masih ada.Amal ibadat inilah yang menjadi harta kekal yang akan menyelematkan kita .Yang menjadi bukti bahawa kita tidak lalai dan lupa akan tugasan kita dijadikan oleh Allah untuk beribadat dan menjadi khalifah didunia ini untuk mentadbir dan memakmurkan alam ini. Menjadikan dunia ini penuh dengan ketenanggan dan kemakmuran.Segala kurnian yang telah dikurniakan kepada kita hendaklah digunakan sebaik mungkin kerana ianya akan dipersoalkan oleh Allah,bagaimana kita memenafaatkan segala apa yang telah dipinjamkan kepada kita, tidak ada satu pun yang akan terlepas dari dipersoalkan oleh Allah. Tuhan yang menjadikan segalanya didunia, dilangit dan bumi, dilaut dan daratan, dilembah dan gunung –gunung, dihutan mahupun digurun. Maha suci Allah tuhan yang menjadikan sekalian alam.Yang menjadikan setiap makhluk yang nyata mahupun yang ghaib, yang bernyawa mahupun tidak,yang hidup mahupun yang telah mati.Yang maha megetahui atas apa yang telah berlaku dan akan berlaku.Yang mengetahui atas apa yang tidak kita ketahui, Yang megetahui atas apa yang ada didalam hati manusia.Sedarkah kita pada suatu masa nanti kita akan dipanggil kembali untuk menemui Allah ,tuhan yang telah menjadikan kita dan disaat kita dipertanyakan tentang apa yang telah kita kerjakan dan lakukan didunia ini.Disaat mulut kita terkunci dan hanya tangan dan kaki yang berbicara menjadi saksi nyata terhadap segala perbuatan dan amalan yang telah kita lakukan.Tidakkah kita sedar yang harinya pasti akan tiba dan setiap saat,minit ,jam ,hari,minggu,tahun ,abad dan kurun yang kita lalui mendekatkan kita padaNya.Destinasi yang pasti akan ditujui oleh setiap makhluk, yang hidup pasti akan mati, dan yang mati pasti akan menemui kembali Tuhannya.Itulah hakikat yang harus kita sedari,renunggi,dan fahami sedalamnya melalui mata hati kita.Justru itu penuhi dan isilah kehidupan kita ini dengan sebaik-baik pegisian,Pengisian yang menjadi bekalan berharga untuk kita bawa kepadaNya.
Insan atau pun manusia[ telah dijadikan oleh Allah daripada pati yang berasal daripada tanah.Kemudian Allah jadikan pati itu setitik air benih pada tempat penetapan yang teguh dan kukuh.Kemudian Allah jadikan air benih itu sebuku darah beku,lalu dari sebuku darah beku itu menjadi seketul daging.Kemudian Allah balutkan tulang pada daging.Selepas sempurna kejadian itu Allah muliakan kejadian itu.Allah muliakan dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah dan Dialah sebaik-baik pencipta]. [surah al-mukmin ayat 12-14] .Tidakah kita seharusnya sedar bahawa kita dijadikan oleh Allah dari sumber yang sama tiada beza antara kita semuanya berasal dari suatu sumber yang sama .Dari tanah kita dijadikan dan kepada tanah juga kita akan disemadikan .Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan dikembalikan.Suatu hakikat yang hak, yang kita tidak boleh menolak atau menafikan kepada kebenaran yang nyata ini.Dan bukankah Islam itu mengajar manusia untuk berfikir dan mengenali Allah, tuhan maha pencipta yang arif lagi bijaksana?.Dan bukankah kemuliaan yang dimaksudkan Allah itu akal dan fikiran yang membezakan kita dari sekalian makhluk yang ada didunia ini yang membezakan antara insan dan haiwan, yang membezakan antara manusia dan tumbuh-tumbuhan.Dan beruntunglah kita dari golongan orang yang berfikir.Akal dan fikiran adalah satu dari kemulian yang Allah berikan selain daripada amanat sebagai khalifah untuk mentadbir dan memakmurkan alam ini, kita diseru untuk menjaga dan memenafaatkanya dan dilarang membuat kerosakan serta menumpahkan darah antara sesama insan, Kita diseru untuk hidup bahagia, aman, damai, makmur lagi tenteram berpaksikan pada Tuhan yang satu.Memenafaatkan sumber alam yang merupakan rezeki yang Allah kurniakan untuk kita makan dan hidup serta digunakan kejalan yang positif.Dan dialah tuhan yang menurunkan air hujan dan menghidupkan biji benih  menjadi pohon dan dari pohon itu di keluarlah buah untuk kita  makan dan air itu untuk kita minum dan tidakah kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita.Dan daripada perut bumi itu ada logam-logam dan bijih-bijih besi untuk kita memenafaatkan untuk kehidupan dan melindugi diri. Dan bukankah dia tuhan yang menjadikan haiwan dan binatang ternakan untuk kita makan dan minum dari susunya serta ada diantara haiwan-haiwan itu dijadikan tunggangan serta membantu dalam perkerjaan harian.Tidakah kita seharusnya bersyukur atas apa yang telah dikurniakan,dan bukankah setiap apa yang Allah jadikan itu telah diceritakan secara detail didalam kitabNya.  Dan diutuskan juga nabi-nabi dan rasul-rasul dari kalangan manusia seperti kita supaya kita diberi peringatan terhadap hakikat hidup ini,yang menyeru kita manusia supaya menyembah Allah tuhan yang satu,yang memperingatkan kita dan memberi amaran terhadap hari kiamat, dan memberikan kita contoh tauladan yang baik supaya menjadi ikutan dan mentor serta idola dalam kehidupan harian.Dan merekalah utusan –utusan Allah yang membawa khabar gembira untuk manusia yang mentaati Allah dan memperingatkan serta memberi amaran kepada mereka yang lalai untuk kembali kepada Allah sebelum hari kiamat tiba,  dimana hari yang kita akan dikumpulkan untuk dihitung segala amalan dan perbuatan kita . Hari yang memberikan kegembiraan untuk galongan yang beriman dan penyesalan terhadap mereka yang lalai sedangkan sebelum itu kita  telah diberi ingatan dan amaran olehNya.Bukankah semua ini telah termaktub didalam Al-Quran kitab akhir zaman yang diutuskan oleh Allah kepada Junjungan kita Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada kita umat manusia. Rasul yang menyempurnakan ajaran dan kitab –kitab Allah dari Nabi-nabi  dan Rasul sebelumnya. Yang menyempurnakan Islam untuk kita umat manusia akhir zaman ini. Sebagai panduan dan pedoman untuk kita hidup di zaman yang mencabar ini. Di zaman usia bumi semakin tua dan tanda-tanda hari kiamaat itu semakin jelas.Tidakkah kita pernah terlintas untuk berfikir tentangnya?...

Sunday, August 15, 2010

yg mane lg sakit...

semalam masa keja aku dpt ini...


padan muka aku ....hahahaha..tp dlm otak aku terfikir...yg mana lg sakit?? ...sakit hati atau sakit luka kat tangan?...
dan ternyata sakit luka tak lah sesakit mana pun..sakitny bersifat sementara...lama2 akn baik jgk..tp sakit hati blh merosakn semuanye...sakitnye berpnjgn klu tak d rawat dngn kaedah yg btul..tak berdarah...tp blh buat tangan luka mcm aku dpt...hahahah...pdn muka aku...
jadi tak guna lah nk sakit ati mlampau2..bnyk2 bersbr je..buat mane yg mmpu...nah.. berbalik pd sakit hati...ianye adalah pnykit..satu kanser dlmn yg payah d rawaat..sakit hati blh merosakn semuanye..sejrh bnyk mnunjukn berpunca dr sakit hati,dendam, iri hati,yg merosakn hubungan manusia sesama manusia.hubungan manusia dgn haiwan,dan manusia dngn alam...so kawal la rasa skit hati kita..jgn smpi kita termasuk dlm senarai carta mnjd perosak atau pun mrosakn dr sndiri krana rasa sakit hati.....

nasib ada minyak gamat..
terima kasih pada org yg menemui gamat sebagai ubat...terima kasih bnyk2..

Thursday, August 12, 2010

bulan puasa

mcm2 perkara menarik masa bulan pose

1.wujudnya pasar juadah yg di panggil pasar ramadhan.
khusus menjual plbagai jenis makanan.dr starter ,main course n dissert
macam2 ada..mmg syurga makanan la kat pasar ramadhan ni dr morden food ,traditional n  fusion pun ade..ajaib2..bulan pose ke bulan makan?..hahahah.

2.nah ni ..mewah sikit..buffet ramadhan..bulan pose je wujud buffet ramadhan..bukak pose secara buffet yg pastinye kat hotel2..ada mcm2 jenis juadah..traditional ,mix morden,fusion. clasical ..huhuhhu...klu d hotel2, 5 star harga biasany bermula dr rm99++.4star lak, biasanye bermula dr rm 68++..ini hrga untuk thun ni..gila kn.?.mcm ni ke kita nk mngengkn insan2 yg tak bernasib baik..?hahahahah

3..wujudnye bazar ramadhan yg khusus untuk mnjual brngn persiapan raye..
huuhhu.tu blum lg .pasaraya berbintang2 buat jualan murah..bukan tu je, mcm2 jualn murah ade.kdai prbot,kdai keta ,kedai hp,kedai kasut sume ada jualan murah...so ramai la kita yg terlupe brsederhana..sbb sume murah..tukar sume la kn raye nnti....hhuuhuhhu.


so, unik kan bulan pose ni.?.kadang2 aku pun tak pham apasal la jd cam ni..kita ni dah terbalik ke terlbih advance...?..pikir kan le...

tp btul la jnji Allah ..bulan pose mmg bulan rezki...korang blanje mcm ne pun ttp ada duit jgk kn.?.so phm2 je la.. bnyk2 kn la bersyukur  ...Alhamdulilah...amin