Followers

Monday, May 17, 2010

hikayat si kodok

Alangkah indah dunia ini jika seluruh penghuninya penuh dengan rasa cinta...penuh kasih sayang tanpa sengketa.hanya bahagia buat semua ,maka sekiranya ia berlaku maka tepat lah kata2 pujanga dunia bagaikan syurga,kerna kasih sayang dan cinta memenuhi setiap ruang dan inci bumi ini.

Arakian diteruskan kisah ,ada pun hidup berbulan madu buat pasangan baru ini tidak lah seindah yang mereka jangka.tidak lah tergambar dalam kotak fikiran mereka dan tidak pernahlah terlintas dalam setiap doa2 mereka untuk berlakunya perkara yang tidak molek berlaku pada mereka.Disaat musim bunga tiba terjadilah berberapa kejadian yang tidak terduga dan terjangka buat sesiapa.Kerna takdir berlaku tidak lah kita makhluk mempunyai kuasa buat menentu.

Dalam kergembiraan mereka menghuni tasik indah ini dan alam menjadi saksi.Satu khabar gumbira buat pasangan ini dan seluruh penghuni tasik kerana si yellis telah pun bertelur sebagai tanda cinta bukti kasih sayang mereka. maka bakal lahirlah nyawa2 baru .warga baru bakal penghuni tasik . dan ini menjadi tanda dan bukti nyata kebahagiaan hidup suami isteri..Maka bukan kepalang gembirany si green apa bila mendapat khabar indah ini.berseri2 wajahny bak sinar suria diawal pagi, penuh cahaya, penuh harapan, hangat membara agar hari2 menjadi indah dan terang penuh ceria diisi bahagia.maka bertambah2 lah kasih sayang nya pada sang isteri kerna akan bakal jadi bapa la dia..Hati siapa lah yang tidak kepalang gembira bila mendapat khbar begini, jika sudah bergelar suami isteri.

Bunga2 cinta kini bakal menjadi buah2 bahagia.tidak sabar la dia membilang bilah bilah hari.menunggu mata hari terbit dan terbenam lagi .agar dapat dia nikmati saat bergelar bapa.dijaganya kumpulan telur bakal zuriatnya penuh kasih sayang agar tidak ada yang datang membuat onar ,merosakan atau pun memakanya.dijaga siang malam bersama isteri tercinta.tidak berenggang keduanya menunggu detik2 tiba menjadi ayah dan bonda buat pertama kalinya dalam takdir yang di tulis yang maha kuasa buat mereka.tidak putus doa mereka agar yang bakal menetas akan menjadi warga yang baik berbakti pada ibu bapa,negara dan alam semesta,samalah jua harapan setiap insan yang bakal bergelar ibubapa.

Dan telah berkira2 lah keduany akan perancangan hidup buat anak2nya yang bakal lahir tidak lama lagi. Sudah dirancang nama2 indah yang di persetujui bersama buat diberikan pada bakal putra dan putri permata hati.Maka pada petang yang penuh bersejarah, disaat matahari mula melabuhkan tirai untuk diganti bulan yang ditemani bintang.maka menetas lah telur yang sekian lama ditunggu. Maka berenag renaglah anak2 berudu d tasik ini buat pertama kalinya.menetas dari telurnya, menikmati udara alam indah ini .bakal wira dan wirawati alam maya ini.maka kumpulan berudu yang agak bnyk itu mula dihitung oleh green dan yellis dari tebing tasik melihat anaknya berenag ceria



smbung lg da....

1 comment:

  1. cite pertama dr "hikayat si kdok" itu x diapply ke? yg mula2 kisah dimulai n' dbgi tau pasal nama kodok yg jantan&betina tu... dlm notes fb 25jan..

    ReplyDelete