Followers

Wednesday, December 7, 2011

Surat untuk Ayu..

surat untuk ayu...


Hai ! Salammekum, tak jawab dosa...hihi
Hai awak,
sori lah ganggu awak dengan surat saya..harap awak tak marah saya sebab bagi awak surat ni..
sebab saya dah tak ada orang nak ganggu so saya ganggu awak la..hahaha.bengong kan saya?..
tapi tak pe la klu awak pikir saya bengong..sebab dah ramai pun yg cakap macam tu..maksudny doa mereka dah di makbulkan...jadi saya harap awak dapat lah doakn yg lebih best dr org2 tu ye..

awak,awak buat ape tu?..sori ar tak de soalan la nak tanye awak..lama dah saye pikir nak tanye ape ..maaf ye.. laa .. saya ingat tadi saya sms..rupanye saya tulis surat..sori eh..hihi..bukanye saya tak nak sms awak tanye soalan tu, tapi nak buat mcam mane..no hp awak pun saye tak ada..hahahah.
yang ada. cuma no hp ahli famili , no nak top up selain no mamk gas, no mcd, n no plat moto saye yang saye sllu lupe...sori lah, no awak saya tak simpan...
mungkin sebab awak tak bg kot...klu awak bagi mesti saya simpan...

kemarin saya ada sms tanye soalan mcm tu kat mamak gas..mamk tu tak jawab pun..
sombongkan mamak tu?..ada dia kata saya gila...tak baik la mamk tu. ada dia cakap saya macam tu..jawab baik2 tak boleh ke..
saya bukan nak beli gas dia sebab gas kat rumah saya banyak lagi..saya tanye dia tengah buat ape je..salah ke saya ?..

dua ari lepas gas kat rumah saya abis...sebab saya kecik ati ngan mamak tu. saya tunggu orang jual gas pakai lori...akhirny saya dapat juga beli gas n masak megi sedap yang macam awak selalu beli kat kedai sebelah 7e tu..saya tk nak lagi sms mamak tu..kejam ke saya wat macam tu kat mamak tu? saya tak berjiwa satu malaysia ke ?..

tapi tak pe awak..jnji kita dapat makn magi yg sama n rasa yang sama di situasi berbeza kn awak?..

awak,,saya slalu nampak awak jalan sorang2
knpa eh?
awak tak ada kawan ke?
kesian kat awak...
ok la awak
saya nak pegi basuh moto kat depan rumah kejap..
nnti awak balik class.. saya boleh la lambai tangan kat awak seblum awk bukak pntu pagar rumah awak tu eh..
awak tunggu tau lambaian saya...
tak lambai balik pun tak pe sebab saya thu awak lambai dalam hati kan...?

nnti ada masa lapang awak lambai lah balik eh..dua tiga hari ke dua tiga mggu lagi pun tak pe..jnji awak ikhlas ...

bye awak ..
nnti klu saya dah pegi pos ofiss n beli stem saya pos eh surat ni kat awak..
lagi pun rumah kita bukanye jauh pun ..depan2 aje..
mesti cepat sampai kan klu dah pos..


nnti tggu surat saya yg lain thu...sebab ada lagi yg saya nak tulis n bagi kat awak...


bye awak ...
take care..

ikhlas dr.

anas...

Tuesday, December 6, 2011

Cara terbaik menghargai wanita

Perlakuan yang terbaik sebagai tanda seorang lelaki menghargai wanita sangat banyak tetapi kat sini aku nak  kongsi sedikit panduan yang aku baca dan aku rasa kita boleh kongsi sama2 dan sekaligus kita terapkan dalam hubungan kita dengan makhluk yang bernama wanita..

1.Senyum dan bermuka ceria

Untuk menjadi lelaki yang hebat dan sangat di senangi wanita kena la selalu berwajah manis dan ceria.Senyum je selalu jangan la asik nak buat muka ketat je.Mudah senyum dan berperwatakan ceria sering kali menjadi senjata utama untuk menyenagkan hati wanita. Kna selalu2 belajar senyum..hahahah.Ceria membawa bahagia k...Itu juga antara cara kita menghargai wanita2 yang kita sayangi..

2 .Memberikan pujian

Memberikan pujian terhadap wanita adalah salah satu cara kita menghargai mereka.sememangnye orang perempuan sangat suke di puji ,bukan pempuan je lelaki pun sama jugak .Sape la yang tak suka kena puji kan.Tapi pujian tu biar la ikhlas n logik .Membrikan pujian pada wanita yang kita sayangi mendatangkan kesan pisikologi yang sangat besar terhadap wanita.Iyanya membantu untuk menambahkan keyakinan diri mereka dan membuatkn hati mereka kembang macam bunga mawar yang sedamg mekar.hahahahahah

3.Memberikan hadiah
 
Ini kira teknik membeli n membelai jiwa wanita ..Memberikan hadiah kepada wanita yang anda syangi adalah satu tanda penghargaan yang sangat besar dan sangat di hargai oleh mereka..Ianya ibarat satu tanda or luahan rasa kasih sayang anda terhadap mereka,apatah lagi hadiah itu adalah barang yang mereka idam2kn dan anda pula membuat kejutan..fuyooo.Bukan saje ada akan di gelar romantis.Malahan anda akan lebih disayangi...kira sayang berganda2 la tu..hahahahah

4. Memberikan mereka pangilan2 yang terbaik dan paling mereka sukai

Maksudnya memangil mereka dengan nama2 yang baik ,indah lagi romantis.Macam sayang ke,baby ke,cinta ke dan banyak lagi yang baik2 la.So pandai2 pilih sendiri la asalkan pangilan tersebut baik dan menyenagkn serta menyentuh hati nurani
mereka..
 
 
5 .Berkomunikasi dengan lemah lembut dan santun
Sebagai masyarakat asia yang lebih  terkenal degan sifat lemah lembut dan sopan santun kita kadang kala lebih terkeblakang dari orang2 barat mahupun orang afrika dalam teknik berkomunikasi secara lemah lembut dan bersopan santun.Hargai wanita ada dengan selalu bercakap dengan bahasa yang lembut dan bernada rendah.Sebarang herdikan dan bahasa yang kasar selalunya akan mnguris hati mereka yang  sgt  lmbut  lagi sensetif tu.berkomunikasi degan lemah lembut ada membuatkan hati wanita2 yang ada sayangi ibarat ais yang mencair, sejuk je slalu..ahahahahah
 
 
6.Selalu ringan tulang degan membantu mereka
Lelaki yang menghargai wanita ibarat seperti superhero ,mereka yang jenis ringan tulang membantu wanita cinta hati mereka dalam segenap perkara yang merka memerlukan bantuan anda .Kalau yang dah kawen tu slalu2 la tolong istri mnguruskan rumah tangga n anak2...Jangan la pentingkan diri dan berlagak macam raja je...Sume nak di sediakan..Mereka bukan hamba abdi mahupun  robot..

7.Mengambil berat tentang kesihatan mereka

Beri kan perhatian anda sekiranya wanita2 yang anda cintai dalam keadaan sakit, berusaha la untuk membantu mereka membeli ubat atau mendapatkan rawatan .Perhatian ada berikan akan lebih banyak memebantu dalam proses pemulihan penyakit yang mereka hadapi...Ianya bagai ubat yang selalu bisa membatu mereka untuk pulih cepat dan  kekal sihat.....


,

Thursday, December 1, 2011

Bluberries

 Ini bluberries k bkn black berry... Buah ni sememangnye tak terdapat tumbuh secara semulajdi kat malaysia ni sebab iklim yang tak sesuai.So bila cakap pasal berries famly ni kira paham2 la ni semua tumbuhan d iklim empat musim or di kwasan beriklim sejuk bru blh tumbuh secara semulajdi .teknologi pertanian  morden ni tak pyh la nak kira k......
Blueberries ni mengandungi anti-oxidants yang cukup tinggi untuk mencegah penyakit2 merbahaya seperti serangan sakit jantung,cancer,rabun dan nyanyuk or memory loss .kandungan anti-oxidants yang tinggi lebih dari 40 jenis buah yang lain.warnanye yang gelap n biru tu adalah di sebab kan pigment anti oxidant yang terkandung didalamnye.selain dari mmbntu mncegah pnyakit merbahaya seperti cancer.buah ni jugak amat baik untuk mengatasi masalah pundi kencing,macam kidney stone n masalah2 kncing yang lain la..selain tu boleh juga mmbntu mencegah pertumbuhan bakteria pada luka2.

Buah ni memang kecik n comel2 je tp hebat.1/2 cwn berries ni kandungan fiber didalamnye sama dengan 2 keping roti gandum.


Klu nk makan adalah dinasihatkn makan begitu saja or buat jus je, klu dh dimasak boleh mngurangkan vitamin c yang terkandung di dalamnye..so klu buat jam ke ,sos ke kira dah kurang la kandungan vitamin.bukan hilang terus tapi kurang sikit.Selain itu mengandungi zat besi untuk pmbntukan tulang dan menguatkan antibody...

Tuesday, November 29, 2011

Buah lemon membantu mncegah pnyakit kidney stone or batu karang

 Ini ada tips sikit, tahu tak dengan meminum 1/2 cawan lemon jus bersama 120ml air setiap hari boleh membantu mengubati penyakit batu karang.bagi yang dah di kesan menghidapi penyakit ni..selain itu minum lebih dari 3 liter air setiap hari..Air mineral or air masak je..air2 lain tu tak kira la..milo ke, soda ke tu tak termasuk dalam peroses menyembuhkan penyakit batu karang ni  k..

Penyakit kidney stone ni biasanya tidak akan di sedari oleh sesiapa bila masanya batu2 or cristal2 ni terbntuk dalam buah pingang kita.kebiasaanya hanya akn di sedari bila peringkat yang dah agak2 sedikit teruk ,yang mana crystal2 ni membesar dan bergerak ke saluran  ureters or saluran mmbuang air kencing..tu yang jadi sakit masa kencing, kencing berdarah la dan yang seumpamanya..so untuk kita mengelakkn perkara ni berlaku dan  di sebabkan perkara ini  memang jarang d sedari pada peringkat awal..langkah  terbaik dan paling selamat yang boleh kita buat dan amalkan setiap hari demi kebaikan dan kesihatan peribadi kita sendiri serta keluarga dan orang tersayang adalah  dengan mengamalkan  meminum air  jus lemon seminggu 2 kali  untuk mengelakan pembntukan sulfur or batu2 kat dalam buah pinggang kita .. kandungan asid yang terdapat pada lemon tu membantu membersihkan buah pinggang dr pembntukan crystal or batu  selain dari meminum banyak air putih yang sememangnye tabiat yang sangat baik...Amalan ini sangat membantu untuk mengelakn penyakit kidney stones ni..so selamat mencuba dan sayangi buah pinggang anda....

Monday, November 28, 2011

Matahari yang menagis



Matahari yang menagis

Dari kabus kelamnya alam
Sinar terang penuh cahaya
Hangat membangkit hidup yang perit
Dari kelam timbulnya sirna
Tersenyum alam kembali bernyawa

Matahari  menagis bukan gerimis
Titis kasih membelai jerih
Pancaran hidup nyawa dan cinta
Terangi alam pembawa bahagia
Menyuluh jalan melewati derita

Tangis mentari bukan bersedih
Berbunga hati memberi kasih
Membasuh luka membela jiwa
Memahat teguh hati yang lumpuh

Sendu sedan mentari seindah melodi
Biar alam terus menyanyi
Melenguk tari gerak dan geri
Pentas hidup kian berseri

Tika alam kembali berlagu
Cahaya bukan lagi yang di rindu
Namun matahari tetap disitu
Setia bercahaya selalu
Taat tanpa lelah lesu


Kelam terang ribut berkabut
Hidup  tak pernah henti berputar
Sang mentari tetap bersinar
Setia  bercahaya 
Di teman si airmata

Saturday, November 26, 2011

Ada apa dengan gucci.

ada apa dengan Gucci


ada apa dengan Gucci?

Ini lambang gangsi
Simbol jati diri

Ada apa dengan Gucci?
Buatmu rasa seksi
Bagimu harga diri

Ada apa dengan Gucci?
Uwang dan metreali
Kuasa yang berpaksi

Ada apa dengan Gucci?
Bukan bangga diri
Bukan Cuma sensasi

Ada apa dengan Gucci?
Ubat merawat hati
pendingin jiwa naluri

ada apa dengan Gucci?
Sepi tiada lagi
Gumbira tak terbeli

Ada apa dengan Gucci?
Bagai sekam dengan api
Umpama pelangi waktu pagi

Ada apa dengan Gucci?
Mendung hilang pergi
Sinar berseri-seri

Ada apa dengan Gucci?
Tak kan bisa kau mengerti
Interpertasi tanpa definisi….

Monday, July 18, 2011

Kuning,merah,biru dan putih....

malaysiaku dan warna2 indah
warna megah , cinta dan gagah
di palit noda angkuh
dari dendam kuasa dan ketaksuban
terbias  warna bagai pelangi dari sirna matahari
dalam gerimis ditegah kota kalut yang berkocakan

pisang-pisang muncul di jalanan
lembik di injak ,benyek dilanyak
lebam ditiup bayu perasangka dan amarah
bertebaran diatas jalan ,
meraba dalam kepedihan mata dan hati yang buta seketika
mencari arah cahaya yang tak tahu dimana
maka tersuluh cahaya janji benci
terpukau lalu mengekori

dalam keangkuhan penguasa
dalam keberantakan jiwa
dalam kekalutan naluri
tertiup angin panas membahang
puncak kuasa harus dipertahan
puncak itu harus dirampas
jangan sampai dikikis pengemis nafsu
jangan sampai di hakis oleh ludah liur hati munafikin


atas cita kuasa,dendam kesumat tak terputus berzaman

tiada pemenang tiada juga pengalah
tiada yang benar dan tak ada yang kalah
tiada yang zalim dan tiada pula mangsa
tiada watak hero dan tiada pula antagonisnya
dari skrip filem demokrasi yang kabur
hitam putih tidak berwarna
cuma ,ego angkuh telah beraja
dari hati hingga kedarah urat dan nadi
ikhlas yang telah di beli oleh nafsu

warna2 indah tercemar sudah
dicemari rasa megah
di tompok demokrasi yang di dustai semua
sesuatu yang tak pernah ada
wacana yang cuma indah dari kata2 dan bahasanya.......

Monday, April 25, 2011

AKU ,KAMU dan NASIK LEMAK

  aku kamu dan nasi lemak

Thun 1985 masa ni zaman ni aku dah mula masuk sekolah tadika...Tak thu lah knape mak ngan abah antar aku sek tadika kemas awal sangat..Tp ok la, at least masa darjah satu aku dh pandai mmbaca..hahhahaha..Aku msih ingat lg ,pg2 masa nak pg sek tadika ada nenek ni akan jual nasik lemak keliling kg..Dia jerit nasik2 hei!!!..hahahh.Aku suke sngt dngr irama yg dia lgukn, nasik2 hei!!!....Aku ingt lg.. Nek Bedah name dia..So nek bedah ni akn round satu kg sambil lagukn nasik2 he!!!..So mcm biasa la dh org jual kdg2 nenek aku belikn jugak untuk aku bfast seblum g tadika kmas..So aku mkn la kn..Kat tadika kadang2 makcik  tukng msk tu msk nasi lemak,so aku ngan kwn2 aku pun mkn jgk nasik lemak..Masuk darjah 1 thun 1987 seblum pg sek kadang2 makn nasik lemak bfast kat rumah..Klu kat kantin sek tu blh kata hari2 jgk la makn nasik lemak..5 hari sminggu..hahahha.
Kadang2 tapau nasik lemak dr warung2 kat kg buat bkal makn kat kantin sebb tander kantin sek punye nasik lemak tak sedap..hahhahaahahh..6 thun sek rendah..hampir 70% hari yg aku kna pg  sek aku mkn nasik lemak..Masuk sek menegah rutin makan aku tetap sama klu kat kantin tu nasik lemak le yang best pun.Nak thu knapa nasik lemak jd best? Sebab ada sambal..hahaahah..Orang melaka klu tak suke makn sambal  kira gile la tu...90% kwn2 sek n kwn kg n sedara mara aku adalah pnggemar sambal yg tegar .                                   So thun 80an n 90an punye nasik lemak sebnarnya punye tahap kolestrol yang lbih tinggi sebab semuanya pakai santan asli yang d perah,yg sekarang ni .Dengan yakin nya aku pasti yg diorang pakai santan peket.kecuali mereka2 yg mnjual nasik lemak secara konsisten dngan respi asal..Dr segi kos santan peket lbih murah..So sbgai pniaga phm2 sudah la klu dh kos murahkn....Zaman 80an n 90an santan pket ni tak lah bgitu komersial... Klu nak thu santan peket ni kebanyaknya adalah rendah lemak..Jgn tak thu..Tak pcya pg beli n bca lebel nutrition dia...hahhaha...                                                                                                                                                                   Di sebabkn aku tak pndai cakap mlayu so aku sek mnengah 6 thun gak..kena msuk klas peralihan ..So hampir 18 thun aku makn nasik lemak sepanjang aku di alam persekolahan...Tp aku plik knape bdn aku mcm papan jugak?..dan ramai jugak kwn2 aku yg same mcm aku masa sekolah dulu bdn mcm papan jugak..yg obesiti tu kira 1% je..Diorang ni jadi gemuk sbb kwin je..Klu tak kwin harus mcm papan jgk...So ape dosa nasik lemak ek?..Ape salah dia ek?..tak pasal2 jd kambing itam..mcD, kfc,piza + tak de tmpt brmain punye pasal, nasik lmak jd bedosa...Adoiiii...Yg tukang mghramkn pun kcik2 mkn nasik lmak jugak kat kantin sek...hahhaahah..Nmpak sangat kurang pnjg akalnye tu.....hahahhaha

Thursday, April 7, 2011

6 perkara yang lelaki cool tak kan buat...

Senang je kalu nak tahu sama ada seseorang lelaki itu cool atau pun tidak,
mari kita sama2 fikirkan dan renungkan  6 perkara ini..Sebenarnya ada banyak lagi ,tapi kita pikir yang 6 ni dulu lah. Klu banyak2 kang korang malas lak nk baca..hahahah.

1.Marah awek depan orang ramai dengan suara yang sangat kuat..
Ni kalu ada yang buat perangai tak senonoh ni sah2 la memang jenis tak cool langsung.poyo, belagak, ego, kepala batu adalah klu cam ni punya perangai. tu baru couple2 klu dah kawin silap2 naik tangan n kaki sekali..agak2 la wei klu nak marah pun..tak payah lah sampai satu kampung nak kan dengar...


2.Masa excident, ajak orang bergaduh..
Perbuatan ala2 samseng jalan raya.Konon nak tunjuk gagah perkasa ajak mangsa gaduh pulak seolah2 tak ada cara lain yang boleh di buat bincang untuk sattelkan masalah..adoiii ...Binatang je yang bgaduh klu tak puas ati dan rasa terancam ..Klu ada yang buat prangai cam ni sah2 la ada sifat kbinatangan tu dalam diri..

3.Duduk di tempat duduk khas orang kurang upaya dalam kenderaan awam .
Ni lagi best, perbuatan ala2 buta mata dan buta mata hati,macam orang tak tahu baca dan tak ada perasaan langsung.Nama pun lelaki di biorkn lak orang2 yang lemah dan lagi memerlukan berdiri ,dia sedap2 je duduk ngan muka tak bersalah..agak2 la wei..

4.langgar lampu isyarat merah..
Hahah...ini satu lagi..Tahu la nak cepat tapi tak payah la sampai nak langgar lampu merah..Orang lain nak cepat jugak..Klu dah tengah malam jalan lengang gila tak de orang tu leh la di maafkan ..Ini masa waktu2 puncak..Agak2 la..Cuba drive sopan2 nampak la klmbutan n sifat cool tu..

5.memukul binatang yang tak merbahaya.
Ni ikut sedap ati dia je balasah kucing ke anjing ke yang tak buat salah kat dia.Sedap2 je nak sepak..Ape le tak de ati perut langsung perbuatn tu kawan.Cuba orang lak sepak2 kau suke2 tanpa rasa bersalah..Sedap tak agaknya.?..Pakai le otak tu sikit..

6 pukul perempuan
Ni lagi satu hal..lelaki cool tak kan naik tangan kat orang perempuan langsung .Kecuali membelai la kan. Ahahahah..Klu mnumbuk  atau menampar tu sah2 lah tak cool langsung.Kecuali la orang pmpuan tu ala2 mafia n samseng yang menyerang tu kira mempertahan kan diri .Tapi kalu sebab marah pastu nak pukul2 memang langsung gagal nak dapat gelaran lelaki cool...Itu boleh di kategorikn orang sakit jiwa adalah..

Wednesday, April 6, 2011

3 perkara buat lelaki naik angin...

 1..wanita  membebel

wanita membebel d ibaratkn seperti peluru berpandu tomahawk yang meledak dak membekaskan kesan2 bedilan yang besar didalam hati lelaki.setiap lelaki mempunyai egonya tersendiri,dan apa bila ego ini terusik mereka pasti cepat melenting dan marah..sekirany anak2 lelaki pun tak suke mndengar ibu mereka membebel atau tman wanita mereka membebel apatah lagi si suami.maka itu ubahlah bebelan anda dengan cara menasihati mereka sekirany anda masih ingin mengegur sikap negatif mereka itu..dan nasihatilah mereka di waktu2 yang sesuai dengan santai ,sekiranya anda tidak mahu berasa kecil hati  dan makan hati dengan sikap dan tindak balas mereka ketika anda membebel..

2..wanita cemburu buta

sifat cemburu sangat  baik sekiranya berada di tempat dan situasi yang betul.cemburu merupakan tanda bahawa anda di hargai atau  dicintai oleh seseorang.sekiranya tiada cemburu dalam hubungan cinta maka ianya bukan lah cinta yang sebenarnya atau pun cinta sejati..tetapi sikap cemburu buta dan cemburu tidak bertempat ini  mengundang bencana yang besar terhadap hubungan anda.Awas buat wantia dan para isteri .lelaki atau suami anda akan cepat marah dan naik angin sekirany anda menuduh sesuatu hal yang tidak dilakukanya.mereka cepat rimas sekiranya anda terlalu mengongkong dan kurang mempercayai mereka.merka akan merasakn yang anda mahu merampas segala kebebasan dan kesetiaan mereka terhadap anda.cemburu buta anda ini sebenarnya telah membunuh cinta mereka terhadap anda...

3..isteri yang tidak menghormati suami


Awas sekiranya anda kurang menghormati suami anda.Lelaki mempunyai egonya bgitu juga wanita dan sekirany egonya sebagai seorang suami terusik degan sikap anda yang tidak menghormati mereka maka itu bersedialah dengan situasi tegang..suami akan cepat marah sekirany isteri mereka tidak menghormati mereka pertengkaran dan pergaduhan pasti akan berlaku..

Tuesday, April 5, 2011

malas

Malas

semua orang ada sifat ni.mana ada org dlm dunia ni yang tak ada sifat malas.Tapi bagaimana kita menggunakan dan memanipulasikan sifat ajaib ini dalam kehidupan kita untuk menjadi orang yang lebih baik.
Setiap hari kita pasti berdepan dengan rasa malas untuk melakukan aktiviti seharian kita.apatah lagi aktiviti itu adalah aktiviti yang rutin dan yang selalu kita lakukan setiap hari.
Malas ke sekolah,malas ke kuliah,malas nak pegi kerja malas nak buat kerja rumah,malas nak masak,dan macam2 malas lagi lah.pendek kata tak de yang tak malas melainkan malas dulu kini dan selamanya....

pastinya kita mempunyai alasan yang terbaik kenapa kita mesti merasa malas untuk menghadapi rutin harian in..Selalunya ianya di sebabkan keadaan aktiviti yang sama yang di ulang2 dan selalunya tidak menarik dan memberikan kesan yang bagus terhadap badan, pemikiran ,dan rohani..

maka dengan itu maka amat baik dan tepatlah untuk kita mengubah segala corak rutin yang kita lakukan itu untuk menjadi iyanya lebih menarik dan amat seronok di lakukan setiap hari sehinggakn kita tidak lagi merasa malas utuk melakukanya ..
makan mulai hari ini ayuh kita mengisikan aktiviti ruti harian itu degan element2 yang myeronokan,yang mencabar pemikiran dan yang memeberi manafaat terhadap rohani kita.kerana segala amal dan kelakuan yang baik itu adalah ibadah..renung2kn

Tuesday, March 29, 2011

Manusia dan ketakutan

Takut adalah sifat fitrah atau pun semula jadi manusia,
setiap manusia pasti mempunyai rasa takut,tidak kira takut pada apa sekali pun, yang pastinya sifat takut itu sememangnya wujud didalam diri kita..

Adakah kita semua sedar bahawa ketakutan adalah punca segala perbuataan  dan tindakkan yang kita lakukan di dunia ini tanpa kita sedar...
Ketakutan jua yang telah mencorakkan dan mewarnai khidupan kita di dunia ini.
Kerana   sifat  takut  kita melakukan hal2 seharian dan  yang sepatutnya kita lakukan  sepanjang kehidupan kita di dunia ini...sama ada hal yang wajar atau pun sebaliknya..
 
Setiap bulan kita membayar bil2 yg perlu kita lunaskn kerana takut perkhidmatan tersebut akan di potong..
Setiap hari kita makan bkn kerana kita merasa lapar sahaja tetapi kerana takut kita di serang pnykit dan tidak mmpunyai tenaga untuk tugasan seharian..
 
Ibubapa mnghantar anak2 kesekolah kerana takut anak2 tidak berilmu dan .akhirnya gagal dalam khidupan..
Manusia bercinta dan berkahwin kerana merasa takut berasa sunyi dan tidak mempunyai zuriat untuk mewarisi segala harta yang di kumpul selama ini..Segalanya yang kita lakukan ada juga kaitannya dengan ketakutan..Walaupun sedikit pengaruhnya tapi ketakutaan tetap mmpengaruhi hidup manusia...Namun begitu ramai juga manusia yang menggunakan ketakutan untuk menjadi kaya raya dan melariskan perniagaan.. 
 
Kerana takut gemuk ramai yang terpedaya dengan ubat2 kurus..Kerana takut kulit hitam, kedut dan kusam maka brduyun2 barangan kcantikan , losyen2 dan pil2 vitamin  muncul di pasaran. Kerana takut sial yang ada dalam diri ramai juga yg ditipu bomoh2 palsu...Kerana takut mati dan tidak sempat bertaubat  lalu di tempatkn di neraka ramai yang terpngaruh dengan ajaran sesat..Ini adalah sebahagian dr contoh yang blh sy berikan .. Yang nyatanya  ketakutan mempengaruhi hidup manusia sama ada dalam kita sedar mahupun tidak....Banyak lagi yang boleh kita renungkan bersama..yang pastinya semua manusia  telah di ciptakan oleh ALLAH dengan sifat takut ,keluh kesah ,kikir dan bakhil...rnung2kn...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 

Thursday, January 27, 2011

tertarik dengan komen Tun.M tntg mlyu sngapore..

Bagi aku inilah gambaran sebenar yang di perkatakn tun m.tentang nasib melayu sngapore..lagu ni di tulis oleh anak jati sngapore..mgkin dari pengalaman hidup mereka maka mereka menghasilkn lirik yang sebgini..bkn untuk mereka saja tp untuk semua org2 melayu d nusantara..jd apa yg di perkatakn oleh tun tu ada benarnya la kn...so org mlyu sngapore tak pyh la nk mrh..n org mlayu malaysia jdikan lah ini iktibar...fikirkn2 bersama...


Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Iya Iya saya saya
Kiri Kanan Ikut saja
(Ulang semula)
Kita tunduk pabila diketuk
Bila terantuk tak usah dipujuk
Biarpun dipatuk
Ingat pesan atuk…sabar sabar sabar sabar…
Tak apa tak kisah
Tak rugi tak mati
Tak ambil peduli
Berserah dan pasrah
Biar ada dah dijampi
Ada pasang, surut-naik
Dikerah dijajah
Terus nista dipenjara
Jadi hamba jadi kuli
Jadi batu diam diri
Kita tunggu kita lihat
Kita nanti kita perhati
Jgn merungut biar berjanggut
Diam akur
Kita mesti patuh
Acuh tak acuh endah tak endah
Buat lawak bodoh terlampau
Biar kita melopong
Biar kita menganga
Biar mereka buat apa mereka suka
Biar saja
Jangan melawan
Jangan membantah
Janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam
Biar apa orang kata
Kita tawa dalam duka
Kecut takut
Kalut kolot
Terkunci mulut
Bergaduh bertutur
Kalah sabung menang sorak
Tiba masa kita gerak
(Ulang korus 2x)
Dik mari dik
Ya kak
Nama adik siapa?
Liya…
Adik tahu nyanyi tak?
Tahu…
Mari ikut kakak nyanyi sama-sama…
Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Iya Iya saya saya
Kiri Kanan Ikut saja
Iya Iya saya saya
Kiri Kanan Ikut saja
Tolak Tambah
Kali ganda
Hitung kira segala nista
Maju mendung
Tinggi rendah
Berapa nilai
Nilai bangsa
Kak…Sekupang ke?
Dua kupang ke? Tiga kupang?
Sawah sebendang
Ladang sebidang
Tanah sekangkang
Pohon sebatang
Kerana uang semua hilang hanya tinggal shelai sepinggang
Yang jenin yang lebai yang pandir yang luncai
Yang angannya tinggi yang dibuai mimpi yang sawah terjual
Maruah tergadai
Kamu mahu lagi?
Ahli fikir…sabar, sabar, sabar, sabar, sabar, sabar.

Angguk-angguk Geleng-geleng

Sunday, January 9, 2011

nota buat qasih....

qasih..

harusnya biar aku luahkan semuany apa yg terbuku dihati selama ini..aku rasakn wajar buat aku untuk menulis ini buat kmu
kerana kmu isteriku..
aku mahu jalani hidup ini bersama kmu qasih..merasai indahny hidup ini bersma kmu,merasai payahnya hidup ini bersama kmu,merasai bahagiany hidup ini cuma bersama kmu..brkongsi segala apa adany yang dikurniakn Allah buat kita...
aku mhu mnyempurnakn agama kita ini bersama kmu..mnymbung seruan nabi kita pd bkal khalifah2 bru ,yg jika diizinkn Allah lahir dr bnih kasih syg dn cinta kita...

qasih..
aku akui driku tak sesmpurna mana,..tp kesempurnaan itu aku ykini ada selagi aku bersama kmu..
kerana kmu istriku.
belahan dr sepruh hatiku...

qasih..
aku impikan kita bersama mncium hruman kasturi d syura fidausi.
aku ingin terus mncintai kmu sepertimana saat mula2 aku mrasakn cinta n kasih kmu..
kerna seharusy itu tujuan asal hidup kita..bhgia smentara didunia ini mengecapi abadiny cinta kita dsana..

qasih,,
tegurlah aku andai aku lalai, myakiti hatimu..
bntu aku untuk terus kekal bhagia bersamamu
kerana kmu pndampingku
kerna kmu amanah n anugerah Allah buatku..

qasih,,,
hanya itu pintaku dan doaku bersama kmu
andai aku tak mmpu mmbhagiakn hidupmu
jujurlah pdaku
kerna pasti ada jln terbaik untuk kita pilih..

Saturday, January 8, 2011

tahun baru dan azam baru

asal masuk saja tahun bru
ramai yang akan memikirkan tentang azam baru,pada hal azam tahun lepas pun satu tak buat...hahahha.bagi yang berjaya dengan azam yang telah tercapai tu tahniah lah dan teruskan usaha lagi jangan berhenti setakat tu je..bagi yang sedang berusaha tu teruskan usha lagi, mudah2an azam tu akan tercapai jugak.bagi yang tak buat langsung tu lebih baik la lupakn je azam untuk tahun ni...hahahaha.capaikan dulu azam tahun2 seblumnye..bru bleh cerita pasal azam bru ...asik projek tangguh je...mana boleh masuk projek baru,projek lama pun terbngkalai dan sekerat jalan...last2 satu ape pun tak dapat....tak nampak pningkatan setiap tahun...mendatar je....usaha lebih sikit lah kalau macam tu...apa pun semoga segala yang diazamkn dapat kita usahakn...semoga apa yang kita usahakn tu menjadikan kita lebih kuat untuk mencapai azam tersebut.....selamat berusaha.....