Followers

Sunday, May 16, 2010

Hikayat si kodok

Dan telah terjadi suatu peristiwa pada zaman dahulu kala..Sebuah kisah yang telah di ceritakan dari mulut kemulut, saban hari membawa ke minggu, bulan ke tahun, zaman ke zaman, hinggalah kehari ini..
maka bermulalah kisah ini di sebuah negeri yang sangat jauh dan sangat asing dimuka bumi tuhan ..Adapun kisah ini menjadi legenda negeri yang bernama negeri Intan terpilih..Ada pun kisah ini telah ditulis sendiri oleh tukang punya cerita yang tidak lah diketahui keaslian dan kesahehannya..Hanya menuntut akal si pembaca dan pendengar buat menilai kisah yang amat menyentuh hati dan sanubari sejak sekian lama..

Maka telah diriwayatkan kisah ini oleh tukang tulis, tuan yang punya cerita.Telah pun berlaku pada zaman sebelum terpupusnya dinesor dan sekalian isi bumi yang masih tidak dirosakan oleh tangan dan akal manusia2 yang rakus dan kejam...Maka dari itu, terjadilah kisah cinta penuh tragis lagi menyentuh hati ini. Dan pada sesiapa yang mendengar dan membacanya maka pastilah berguguran air mata tanpa dapat di bendung dan di sekat sekat kerana terlalu hiba dan menyentuh rasa....

Adapun di negeri intan terpilih ini, yang mempunyai bilangan rakyat tidak sampai 2 ratus ribu. Adalah di sebabkan tahap jumlah manusia yang masih sedikit pada waktu itu ,bukanlah di sebabkan mereka merancang keluarga tetapi pada zaman itu sememangnya populasi manusia masih ditahap rendah...Maka itu, sangat akrab lah talian persaudaraan antara manusia semua..Saling bantu membantu dan berkerja sama, tolong menolang berganding bahu menjadi amalan. Yang berat sama di pikul yang ringan sama dijinjing.Hati gajah sama dilapah hati kuman sama di cicah. Menjadi moto dan matlamat, visi dan misi penduduk negeri..Menjadi falsafah hidup harmoni yang mereka pegang dan sanjungan sejak sekian lama..Sejajar dengan matlamat 1Intan terpilih! rakyat di utamakan pencapaian jangan diabaikan, yang menjadi kempen pemerintah negeri pada waktu itu...

Maka kisah pun dimulakan.. Terjadi dari sebuah keluarga kelas pertengahan dinegeri bertuah lagi berdaulat ini .
Maka terjadilah kisah..Adapun ceritanya keluarga kodok kelas pertengahan ini tinggal di sebuah tasik yang indah lagi jerneh airnya..Yang jantan suami bernama green dan yang betina isteri bernama yellow, atau lebih mesra di panggl yellis..Bahagia dan aman tenteram lah hidup pasangan kodok ini berlatarkan lanskap alam semulajadi yang indah dan masih tidak ternoda ini..Kawasan yang lembab dan dingin ini di diami pelbagai spesis floura dan fauna yang masih terpelihara..Keadaan tasik yang sentiasa redup di tumbuhi pohon2 rendang,dihiasi pokok2 bunga hutan berwarna warni menyerlahkn lagi kehijauan dan warna warni alam sejagat..Dada tasik yang didiami pelbagai spesis ikan pelbagai saiz, bentuk dan warna ..Dan tumbuhnya pokok2 teratai yang selalu kembang bunganya menambah kan seri buat setiap penghuni tasik ...Ada pun pasangan kodok yang masih baru berkahwin ini sangat lah girang hatinya kerana menjadi sebahagian dari ekosistem alam semulajadi ditasik ini..Pasangan yang baru berberapa hari berumah tangga dan masih lagi dalam suasana berbulan madu amat lah sesuai dan cocok buat mendiami tasik yang indah dan penuh aura bahagia dan romantis..Dan tinggal la mereka disitu dengan penuh rasa cinta dan kecintaan yg mendalam tak tergapai menembus awan tak terselam dilaut dalam. kasih sayang yang bersemi dari hati yang murni, jiwa yang tulus suci dan kudus.memberi dan menerima apa adanya antara mereka berdua..

Setiap saat ,minit,jam,hari dan masa mereka lalui bersama penuh dengan kebahagiaan yang tak tergambar indahnya bagi mereka berdua..Dan setiap penghuni tasik itu turut merasakan kebahagian mereka dan merasakn keindahan itu dikongsi bersama mereka jua.....
Alangkah indah dunia ini jika seluruh penghuninya penuh dengan rasa cinta...



bersambung.......

sbr je la..

No comments:

Post a Comment