Followers

Saturday, June 5, 2010

pengalaman musim cuti sekolah.

Tuliskan sebuah karangan cereka berdasarkan pengalaman sewaktu cuti persekolahan.Panjang karangan tidak melebihi 120 patah perkataan..


Muhammad Anas
darjah 5 dedikasi
20 jun 2009

Hari ini cuti sekolah bermula saya dan kawan-kawan sedarjah sangat gembira.Inilah waktu yang kami nantikan dalam setiap hari ketika waktu persekolahan.Mulai hari ini kami tak perlu bangun awal pagi untuk ke sekolah.Tidak perlu menyiapkn kerja rumah yang cikgu bekalkn setiap hari.Hati kami sangat gembira.hari- hari kami boleh di isi dengan pelbagai aktiviti yang telah di susun oleh pihak astro dan penyiar tv yang lain untuk kami.Pelbagai siri dan progrem yg menarik hati kami telah pun di buat untuk kami isi,terima kasih  kami ucapkan ,dari rancangan tempatan hingga ke antarabngsa.Saya dan adik sangat gembira.

Walaupun cuti sekolah Ibu dan bapa saya masih berkerja seperti biasa.Saya dan adik seperti biasa akan ditinggalkan dirumah bersama bibik kami yang berasal dari Tanah jawa.Bibik kami sangat baik dan perihatin tidak seperti mama saya yang jarang berada dirumah.Setiap hari bibik akan mengemas rumah dan memasak untuk kami.masakan bibik sangat sedap tapi kadang kala terlebih garam.

Pada hujung minggu waktu cuti persekolahan Ibu dan bapa saya membawa kami pulang ke kampung.Kata ayah sudah lama dia tidak pulang ke kampung dan katanya juga di kampung sekarang adalah musim buah-buahan. Sewaktu perjalanan saya dan adik dapat melihat keindahan lebuhraya malaysia yang hijau dengan tumbuh-tumbuhan.Sesekali kami disajikan dengan kesesakn jalan raya yang di sebabkan oleh kemalangan yang berlaku di beberapa lokasi menarik untuk berlaku kemalangan.Akhirnya saya dan adik tertidur kerana keletihan terperangkap dalam kesesakn jalan raya.Bibik juga turut sama terlena bersama kami.

Tiba-tiba saya tersedar dari tidur kerana mendengar Ayah dan ibu saya bergaduh .kami sudah sampai di depan sebuah rumah.Mama mendesak ayah supaya menghantar dia di hotel yang berdekatan.saya menjadi terpinga-pinga. Tiba -tiba adik tiri saya keluar dari rumah untuk membuka pintu pagar.Barulah saya tahu kenapa mama saya marah-marah, sebab ayah bawa kami bercuti di rumah isteri pertamanya yang saya pangil ibu..Saya dan adik sangat gembira kerana dapat bertemu Abang dan kakak kami serta adik beradik yang lain.Kecuali mama yang muncungnya agak panjang sepanjang dua hari kami di kampung.

Itulah pengalaman saya ketika musim cuti sekolah yang lalu. semoga ianya menjadi pengalaman yang terindah buat saya yang akan saya kenang selalu didalam hati..
 






No comments:

Post a Comment